Friday, January 2, 2009

Sistem Headcount Markah Sekolah

SISTEM HEADCOUNT

Program ini telah terbukti berkesan dan amat berguna untuk memproses borang-borang headcount (HC1, HC2, HC3, HC4, HC5, HC6, PM1, PM2 dan PM3). Program ini telah digunakan secara meluas di negeri Pulau Pinang dan Kedah Darulaman.

Kepada:

Tn Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia/Guru Mata Pelajaran/Setiausaha peperiksaan/Penyelaras Tingkatan:

Pada masa kini, semua sekolah dikehendaki menyediakan headcount bagi semua pelajar termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Sudahkah sekolah anda menyediakan/mengisi borang-borang headcount tersebut untuk tahun ini (HC1, HC2, HC3, HC4, HC5, HC6, PM1, PM2 dan PM3)? Adakah anda menghadapi masalah ? Jika ya, Sistem Headcount ialah jalan penyelesaiannya.


FUNGSI SISTEM HEADCOUNT

1. Sistem Headcount ini diprogramkan mengikut format JPN 2007. Ia diprogramkan dengan harapan dapat meringankan beban ketua panitia dan beban guru mata pelajaran dalam mengisi borang-borang HC1, HC2, HC3, HC4, HC5, HC6, PM1, PM2 dan PM3 bagi semua tingkatan (T1-T6).

2. Ketua panitia/guru subjek hanya perlu menaipkan markah-markah TOV, ETR, markah-markah peperiksaan, Nama Guru Subjek dan rekod keputusan PMR/SPM/STPM sahaja. Selepas itu, sistem akan menjana semua borang HC1, HC2, HC3, HC4, HC5, HC6, PM1 dan PM2 secara automatik.

3. Terdapat cara yang mudah dalam Sistem Headcount untuk mengisi markah TOV dan ETR.

4. Program ini ditulis dengan cara yang mesra pengguna dan boleh diinstal ke dalam mana-mana komputer yang mempunyai MS Excel.

5. Di samping itu, program ini juga boleh beroperasi serentak dengan Sistem Markah Peperiksaan Dalaman secara serentak supaya kita tidak perlu buat dua kali kerja untuk taipkan markah-markah peperiksaan sekolah.

6. Juga dalam program tersebut, terdapat panduan yang terperinci bagaimana menggunakan Sistem Headcount tersebut.

Sekian, terima kasih.

HCChew

Untuk mencuba program Sistem Headcount ini, sila download dari: www.geocities.com/chewhc00/sistemheadcount.zip
(Nota: Jika anda tidak dapat download dengan cara klik pada link di atas, sila taip terus dalam ruang Address dgn www.geocities.com/chewhc00/sistemheadcount.zip)
Selepas anda download, sila unzip fail sistem headcount tersebut.
Sebelum anda memulakan program Sistem Headcount ini, sila set MS Excel dahulu seperti berikut:

Masuk MS Excel, Klik Tools, Macro, Security..., pilih Low dan klik OK. (anda tidak perlu bimbang, program ini dijamin bebas dari virus)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Mr Chew H/P:013-5015862
SISTEM MARKAH SEKOLAH MENENGAH
(MARKS SYSTEM FOR SECONDARY SCHOOL)

Program ini telah terbukti berkesan dan amat berguna untuk membuat analisis peperiksaan termasuk peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam (PMR, SPM, STPM). Program ini telah digunakan secara meluas di negeri Pulau Pinang dan Kedah Darulaman.

Apakah Kelebihan Sistem Markah Sekolah Menengah Ini?

1 Ditulis menggunakan MS Excel dan adalah "User Friendly", mudah dikendalikan.
Boleh digunakan untuk memproses semua markah ujian/peperiksaan atau keputusan PMR/SPM/STPM dari tingkatan peralihan hingga tingkatan 6.

2 Boleh digunakan untuk menyediakan Senarai Nama Kelas.
Guru tingkatan hanya perlu taipkan nama pelajar dan sistem akan menyusun mengikut susunan abjad secara automatik. Analisis mengikut bangsa dan jantina juga dipaparkan secara automatik.
3 Tidak perlu proses instalasi. Program boleh berfungsi menggunakan mana-mana komputer yang diinstal dengan MS Excel. Program juga boleh berfungsi jika disimpan dalam pendrive.

4 Apabila ujian atau peperiksaan diadakan, guru tingkatan hanya perlu taipkan markah-markah yang diperoleh oleh pelajar dan sistem akan melakukan kerja-kerja secara automatik seperti:
i) memberikan gred (julat gred markah dapat diubah bila-bila masa oleh sekolah sendiri)
ii) menyusun dan memberi kedudukan dalam kelas dan kedudukan tingkatan (12 cara)
iii) membilang bilangan A, B, C,.. yang diperolehi setiap pelajar
iv) membuat analisis keseluruhan yang terperinci
v) membuat analisis subjek keseluruhan tingkatan
vi) membuat analisis subjek setiap kelas
vii) membuat analisis keputusan sebenar PMR, SPM dan STPM
viii) memaparkan graf carta peratus lulus bagi setaip subjek
ix) mengira gred purata
x) menyenaraikan pelajar yang berpotensi (ada gred A)
xi) mencetak laporan ujian/peperiksaan (menggantikan buku kemajuan)
xii) membuat streaming
xiii) mencetak marksheet mengikut kelas (gagal berwarna merah dan lulus berwarna biru)
xiv) mencetak marksheet mengikut kedudukan tingkatan
xv) mencetak senarai mengikut kaum
xvi) mencetak senarai pelajar terbaik dalam tiap-tiap mata pelajaran
xvii) mencetak senarai mengikut pencapaian subjek (mana-mana subjek yang dikehendaki)
xviii) mencetak senarai pelajar pilihan sendiri
xix) mata pelajaran yang baru boleh ditambah sendiri
xx) susunan mata pelajaran boleh diubah mengikut susunan sekolah
dan banyak lagi fungsi jika anda mahir menggunakan Excel.

Fungsi terkini:
i) menyusun kedudukan pelajar dalam kelas/tingkatan berdasarkan wajaran daripada ujian dan peperiksaan yang diambil (cth: 10% dari Ujian1, 40% dari Peperiksaan Pertengahan Tahun, 10% dari Ujian2 dan 40% dari Peperiksaan Percubaan/Akhir Tahun)
ii) Markah boleh diambil kira atau tidak diambil kira bagi mana-mana subjek dan mana-mana ujian/peperiksaan.
iii) Data dalam program ini boleh berkongsi dengan sistem headcount.
iv) Pelajar boleh semak keputusan peperiksaan melalui laman web sekolah.
v) Jika guru tingkatan tidak buat komen, komen secara automatik akan dijana berdasarkan markah purata peperiksaan.

Untuk mencuba program Sistem Markah ini, sila download dari: www.geocities.com/chewhc00/sistemmarkah.zip

(Nota: Jika anda tidak dapat download dengan cara klik pada link di atas, sila taip terus dalam ruang Address dgn www.geocities.com/chewhc00/sistemmarkah.zip)

Selepas anda download, sila unzip fail sistem markah tersebut.

Sebelum anda memulakan program Sistem Markah ini, sila set MS Excel dahulu seperti berikut:

Masuk MS Excel, Klik Tools, Macro, Security..., pilih Low dan klik OK. (anda tidak perlu bimbang, program ini dijamin bebas dari virus)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Mr Chew H/P:013-5015862



P/S:
Kami juga ada sistem-sistem lain, antaranya ialah
1. Sistem Markah Peperiksaan Dalaman
2. Sistem Sijil Berhenti/Akuan/Kokurikulum
3. Sistem PEKA/ULBS/PLBS/PM/MT/PSV/PAFA/RC/SP
4. Sistem Rekod Kehadiran Guru
5. Sistem Headcount T1-T6

Oleh: HCChew
HP:013-5015862
5.12.2008